Thursday, January 18, 2018

2 Cara Mengatasi Kesilapan Besar Close Sale






Apakah 2 Kesilapan Besar Close Sale?
.
1) Tidak Mengawal Perbualan dan
2) Tiada Jawapan Power
.
Kebanyakan penjual (salesman) baru memang lemah bab ini. Lebih-lebih lagi yang bermula solo tanpa sokongan organisasi yang mantap.
.
Ya, jika kita bekerja sebagai salesman bawah syarikat yang sedia kukuh, mereka pasti ada program untuk membangunkan kita menjadi salesman yang efektif.
.
Lain pula halnya jika kita bermula sendiri. Kita cuba belajar secara streetsmart hal-hal menjual ini.
.
Yang sebegitu pasti merasa buat 2 kesilapan ini, dan selalu rasa kecewa apabila usaha yang dicurahkan tidak berhasil.
.
Kata pepatah: seperti mencurah air ke daun keladi. Sia-sia.
.
Namun setiap masalah pasti ada penyelesaian. Berikut adalah 2 cara mengatasi cabaran besar ini. Ianya mudah dipraktikkan oleh sesiapa pun tidak kira pengalaman:
.
----
1) Kawal Perbualan Dengan Bertanya
----
.
Ya, semudah itu. BERTANYA. Itulah senjata kita untuk mengawal perbualan.
.
Kita sebagai penjual, kitalah yang perlu banyak bertanya kepada prospek. Pihak yang bertanya adalah pihak yang berkuasa menentukan hala tuju perbualan tersebut.
.
Dan kita, sebagai penjual, boleh menghalakan perbualan tersebut ke arah close sale dengan bertanya!
.
Paling mudah, kita mulakan dengan bertanya: "Ini Tuan Kamilkah?". Kita pastikan kita buat panggilan yang tepat.
.
Oleh sebab kita yang bertanya dahulu, maka kitalah pihak yang boleh balas jawapan prospek dengan pertanyaan lain.
.
Kita tanya soalan-soalan yang akan membuatkan mereka memutuskan yang mereka perlu dapatkan produk/servis kita.
.
Itulah kuasa bertanya!
.
----
2) Sediakan Jawapan Berfokus Pada Nilai
----
.
Bagaimana pula jika prospek yang bertanya hal-hal tentang produk kita? Apa jawapan power yang kita boleh beri untuk impress mereka?
.
Jawapan yang power adalah jawapan yang menunjukkan nilai produk kita ini lebih tinggi daripada apa yang mereka bayar.
.
Itulah rahsia jawapan power!
.
Jawapan kita harus fokus pada nilai produk kita. Nilai produk kita BUKAN Harganya! Nilai produk kita adalah 'hasil yang prospek kita mahukan'.
.
Jika produk kita mampu memberi hasil yang prospek kita mahukan, adalah kejam jika kita tidak mampu menjualnya kepada mereka.
.
Iyalah, mereka perlukan hasil tersebut, tetapi kerana kita adalah penjual yang lemah, kita tidak mampu memberikan hasil tersebut kepada mereka!
.
Seterusnya, pastikan kita tulis semua soalan-soalan tersebut dan jawapan yang kita berikan. Ini sangat penting!
.
Kerana, apabila kita sudah banyak berbual dengan ramai prospek, hasilnya, kita akan ada senarai jawapan yang sangat power, yang mampu membuatkan prospek yakin dengan produk/servis kita.
.
Senarai jawapan dan soalan itulah yang kita panggil Skrip Jualan.
.
Dan itulah aset terbesar seorang penjual yang efektif!

#notajual #notabisnes #tipsbisnestakdir




p/s: Sekiranya anda membeli produk shaklee melalui saya, anda layak mendapat:-

Cara pengambilan Suplemen untuk Mendapatkan Hasil Yang Optimum
Jemputan ke Secret Group Secara Exlusive
Barangan Shaklee dengan Harga Istimewa
Peluang Menjana income bersama ~Team Takdir Irwani~ Shaklee

Contact : Takdir (whatsapp/sms/call)
+6012-5557152
arisyafarini14@gmail.com
http://www.facebook.com/irwani.hussein



No comments:

Post a Comment