Monday, February 22, 2016

Epsom Salt @ Magnesium Sulfate.

Saya akan tulis sedikit mengenai epsom salt, menggunapakai bahasa paling mudah faham, mudah-mudahan sampai ilmunya kepada yang bertanya dan keliru.

Kenapa masyarakat baru sedar wujud epsom salt? Sebenarnya lama dah wujud benda alah ni, tapi dalam bentuk lain daripada yang ada dipasaran.

Mak saya dulu seorang kakitangan hospital, dan dia kata magnesium sulfate dibancuh dalam bekas besar, digunakan untuk merawat bahagian anggota badan pesakit yang bengkak. Cerita ini keluar sebab dia lihat saya mandikan cucunya yang demam masa tu dengan epsom salt.
Apabila saya beli epsom salt difarmasi cosway atau kedai organic, penjual juga tidak faham apa sebenarnya fungsi epsom salt. Saya sendiri tidak pernah consume (makan) epsom sebab tak rasa ada tujuan nak makan sedangkan garam asli lagi sedap, ada yang khabarkan rasa epsom pahit (rajin buat test :P)

Kalau kita bincang bab berkebun, memang epsom salt sebagai alternatif untuk suburkan tanah kerana mineralnya yang tinggi. Boleh cuba bagi yang nak bereksperimen. Bab nak matikan pokok mudah saja, boleh taburkan ajinomoto (monosodium glutamate). Pi buat projek sains sat na.

Berbalik pada topik epsom salt, siapa elok gunakan epsom salt?

Bagi orang yang ada masalah kekurangan magnesium, sila baca artikel mercola dibawah. Ada beberapa anggota keluarga saya yang bermasalah sendi selesai juga lepas buat rendaman epsom, Alhamdulillah kesembuhan daripadaNya.

Satu lagi bab kesederhanaan. Nabi SAW ajar kita bersederhana dalam setiap perkara kan? Jadi janganlah berlebihan. Kerana epsom salt ada fungsi detox, maka kalau nak detox anak yang terlebih toxins (faham-fahamlah apa), jika nampak ada kesan sampingan seperti cirit-birit, hentikan dulu...jangan over detox. Air kelapa muda segar yang sedap tu pun ada fungsi detox jika diminum banyak, jadi berpada-pada. Ada orang alah juga dengan air kelapa muda, maka minumlah air mineral spitzer ke kalau nak mendetox.

Bila sebut epsom salt food grade, bukan suruh dibuat masak, tapi lebih kepada tak risau jika anak tak sengaja telan air rendaman tersebut.

Ada yang bangkitkan isu alahan sulfur, yang ni pi lah buat test dulu sebab anak masing-masing tanggungjawab masing-masing. Apa yang dikongsi hanya untuk penyebaran ilmu. Keputusan bermaklumat ditangan sendiri.


credit : https://www.facebook.com/nurul.jannah.7370/posts/10208896225352078

1 comment:

  1. Bath Bombs I admire this article for the well-researched content and excellent wording. I got so involved in this material that I couldn’t stop reading. I am impressed with your work and skill. Thank you so much.

    ReplyDelete