Saturday, January 31, 2015

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

Hari ni sebenarnya closing untuk bulan Januari 2015... tapi semangat juga nak kongsi dengan semua....

    Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik. Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. 

   Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

 1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
  •  Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
  • Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  •  Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  • Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
  • Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

  •  Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat)
  • Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
  • Bersin                                                                                                                         i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.                                                  ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
  • Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
  • Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

 4. KERONGKONG
  • Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
  • Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
    
     a) Bibir pucat
         i) Sistem penghadaman yang lemah
         ii) Perut mengandungi angin.
         iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna 
              dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi      
              penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
     b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
  • Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
  • Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
  • Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
  • telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
  •  Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

 8. KULIT Berpeluh :
  • Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
  • Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
 i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout). ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
 iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
 C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
 a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
 D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
 F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
 b) MUNTAH DARAH
 i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
 ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.


16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING
 a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
 b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
  i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
 ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
 i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
 ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
 iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
 iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
 b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
 c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
 d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
 a) Sistem jantung yang lemah.
 b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.


Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar Penolong Pendaftar Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan Universiti Malaysia Perlis


JOM BERSHAKLEE DENGAN SAYA TAKDIR IRWANI BINTI HUSSEIN  ID : 964791

Thursday, January 29, 2015

ESP ~ Energizing Soy Protein

Sebut pasal esp ni semua orang ada pandangan tersendiri.....

Bagi sy yang kenal esp hampir 2 tahun ni, esp ni memang senang nak sediakan.... campur air dan goncang.. sesuai utk sy yg saban pagi kejar masa... almaklum la kalut ngan anak2. rasanya pun sedap dan klu boring sy tambah perisa lain....

Jom kenali Energizing Soy Protein


Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasakan kacang soya. Hakikatnya,pengasingan protein yang pertama ini dicipta oleh Dr.Shaklee pada awal 70-an. Di mana, kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr.Shaklee telah lama mengetahui protin soya adalah factor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

Energizing Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi “non-GMO” (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula,setiap 850g (satu tin Energizing Soy Protein) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

Energizing Soy Protein dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik(G.I) yang rendah iaitu 39,menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.


Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik(G.I) yang tertinggi manakala karbohidrat dengna G.I yang rendah pila memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.


Sesetengah protein soya diproses dengan alcohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavan yang bermanfaat,malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Manfaat Utama:
  1. Awet muda – asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  2. Baik untuk hormon – kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  3. Baik untuk prostat – genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
  4. Kulit remaja – merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan,mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot,percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  5. Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan system imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migraine, imsomnia dan tekanan.
  6. Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugr, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  7. Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitality, dorongan seksual dan rangsangan.


Kepentingan Protein

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam serta komponen utama kepada hormone manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam system imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormone, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

Apa itu Asid Amino?

Protein terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut kepada keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.
Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid amino perlu. Shaklee menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut.


Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetic, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.



p/s: Sekiranya anda membeli produk shaklee melalui saya, anda layak mendapat:-

  • Cara pengambilan Suplemen untuk Mendapatkan Hasil Yang Optimum
  • Jemputan ke Secret Group Secara Exlusive
  • Barangan Shaklee dengan Harga Istimewa
  • Peluang Menjana income bersama ~Empayar Survival~ Shaklee

Contact : Takdir (whatsapp/sms/call)
+6012-5557152
fiklyn06@gmail.com

Roti Gebu Mini Sausage & Roti Sarang Lebah

Kali ni nak story buat roti dengan 2 beradik kat rumah di malam jumaat.... hihihi
akibat dah dapat  Elba Stand Mixer ESMB-9925S  yg order kat lazada .  walaupun tak dapat brim 2015 tapi belanja gak... standard arr kan


ceritanya bila dah beli bahan xcited la nak try.... first sekali sebab buat guna mixer sy guna air sejuk untuk campurkan dengan gula kastor & yis (mauripan), kacau dan tutup hingga naik buih mcm dalam gambar ni


cawan ni juga sy guna utk sukat tepung dan air... . bila dah berbuih saya campurkan dengan bahan lain sikit2 dan uli guna mixer dlm 4 minit. hasilnya jadi doh yang lembut, kenyal dan yg penting tidak melekat ditangan. sy tutupkan bekas dengan tuala lembab dan biarkan doh naik 2 kali ganda (dalam 30minit).


Lepas tu sy keluarkan dan tumbuk2 dok untuk keluarkan angin. proses susun dlm bekas buat doh bulat2 anggaran sebiji guli. taburkan apa yang suka atas tu (sedikit kuaci hijau, bijan hitam dan badam hiris)



 tunggu hingga doh naik 2 kali ganda (40minit). sapu telur dan bakar 180 degree dengan 10 minit lampu bawah, 5 minit lampu atas.


Ni la hasilnya.... keluar oven terus sapukan majerin (tujuan untuk nampak berkilat). panas2 tu tuangla sos karamel.

Alhamdulillah kali ni percubaan berjaya... tekstur roti memang lembut dan gebu....


kalau nak resipi full boleh tengok kat sini 

Wednesday, January 28, 2015

experimen mengunakan FS Medela VS Avent Manual

Hari ni sy buat experimen sebelah guna fs yg sy jadikan single dpt 2oz dan sebelah lagi avent manual dpt 4oz dlm masa 10minit. Untuk makluman biasanya sy pam guna fs 15minit/sesi dpt 3-5oz.. (4-5jam sekali).
Hasil mmg best avent manual tapi lenguh tangan... hihihi dh terbiasa guna elektrik dr ank ke 2. Respek pada mama2 yg guna pam manual



sy beli avent manual ni semasa usia firas genap 180 hari (21 Jan 2015) sebab dalam sebulan ni hasil mengepam saya tak berapa memberangsangkan... sehari sy bekalkan pada pengasuh ialah 3-4 oz(fresh milk) ni sy pam masa bangun pagi selepas menyusukan firas. biasanya jam 5.40pagi. ebm dr frozen 5oz + 10 oz dr chiller. biasanya total sy bekalkan pada bs sehari dalam 18oz-19oz. 
Tetapi sy hanya dapat hasil mengepam sehari di pejabat ialah 7-10oz sehari.

tu la faktor utamanya. bila seminggu sy guna avent manual alhamdulillah hasil masa kat ofis meningkat sehingga 15oz sehari.(ni hasil 2-3 sesi). Cara yang sy gunakan bila pam kat rumah kul 8 mlm sy guna avent manual. Pagi pula ikut masa...klu awal guna avent manual... klu kalut mmg fs la jawabnya.

minum air mmg sy akan jaga..3 liter wajib.

Cecair Merah Bak Delima..... Vivix oh Vivix

Assalamualaikum selamat bersiaran...

hari ni saya nak story berkenaan Vivix.... cecair merah bak delima yang dah jadi teman sejak sy beli kali pertama pada bulan JUN 2013.... sy ambil sebab sering keletihan, kulit jadi kering dan sering sakit kepala.... lagi satu sy ni xsuka sangat jenis2 tablet ni... vivix ni bentuk cecair dan hanya 1 sudu kecil sehari membuatkan saya tertarik untuk cuba...





bila baca entri kat blog pun mmg tertarik. Apalagi sy pun order la utk diri sendiri.... semangat nak cantik luar dalam.... hiihihi baca manfaat pun banyak

Di dalam satu penuaan utama, kajian klinikal terkini menunjukkan ramuan aktif Vivix® berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetic yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular.
Melawan penuaan pada tahap sellular dan lebih dari itu.
Didalam kajian makmal, ramuan Vivix® telah menunjukkan ia memberi impak kepada empat mekanisma utama penuaan pada tahap sellular.
  • Melindungi dan membaiki sellular DNA.
  • Member impak positif kepada pengawalan genetik.
  • Menggalakkan biogenesis (pembentukkan baru) mitochondria.
  • Melambatkan pembentukkan protin AGE (Advanced Glycation End Products).
  • Juga menolong membantu menjaga/memelihara:
           -Kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan system imun, kesihatan sendi,perlindungan anti-oksidan,                 peningkatan tenaga pada tahap sellular, kesihatan dan kesejahteraan.

PENEMUAN REVOLISIONARI dalam anti-penuaan pada tahap sellular

Setahun yang lalu, Shaklee memperkenalkan Vivix®,produk supplemen revolusionari anti penuaan dalam pertarungan melawan penuaan pada tahap sellular. Lebih 1 juta botol Vivix® telah pun dijual.
Vivix® merupakan supplemen anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee syarikat No.1 supplemen makanan di Amerika.
Didalam kajian makmal,ramuan Vivix® telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap sellular.


Semulajadi. Ujian klinikal keatas ramuan utama. Eksklusif untuk Shaklee.


4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Sellular
  • Ø  Kerosakan DNA

Setiap hari,setiap sel diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan–serangan ini merosakkan pengkalan data genetic, menghasilkan satu “typo” (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan Vivix® melindungi dan memperbaiki sellular DNA.
  • Ø  Pengawalan Genetik

Pengawalan genetic menyumbang kepada deteriorasi (kemorosotan) umur pada tahap sellular. Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan Vivix® mengaktifkan satu pengawalan genetic utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.
  • Ø  Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-Sel

Mitochondria (penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun fungsi sel turut menurun. Ramuan Vivix® menggalakkan biogenesis (pembentukkan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel.
  • Ø  Penimbunan Protein AGE


Penimbunan berlebihan protin AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakkan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan Vivix® adalah 10X lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur “muscadine”) untuk melambatkan pembentukkan protin AGE.


Keistimewaan Vivix Shaklee
Memperbaiki DNA.
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel.
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


Kebaikan Vivix Shaklee


  • o    Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  • o    Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  • o    Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • o    Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • o    Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • o    Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
  • o    Membantu merawat penyakit parkinson
  • o    Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
  • o    Meningkatkan kesihatan imum badan
  • o    Menggalakan kesihatan keseluruhan


Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

satu lagi Orang kata kalau nak tahu madu asli ke tidak, gi letak kat freezer (bahagian beku). Kalau beku, maksudnya ada campuran gula.

Cuba korang test letak Vivix kat bahagian sejuk beku. Tengok sendiri apa hasilnya,
Dulu,mula-mula saya dapat tahu tentang ujikaji ni, saya rasa macam..hmm.. betul ke Vivix tak beku .. Okey, saya pun test.

Amazing. Vivix memang tak beku walau berjam-jam dalam freezer. Malah lagi sedap rasanya.

Nak taknak, saya kena akui kehebatan Vivix. Rumusan dari 4 bahan ekslusif anggur muscadine, purple carrot, Europian elderberry, polyganum cuspidatum. Vivix juga turut di iktiraf sebagai Super Excellent Brand dari Books Of Record

Dahsyatkan Vivix ni, tak hairanlah kalau google testimoni Vivix, berjuta testimoni yang best-best. Dari sekecil-kecil masalah kesihatan, sampai lah ke penyakit kronik. Alhamdulillah dgn izinNya... tu la sebabnya sy wajib grab vivix ni.... 

nak miliki Vivix anda sendiri?? free pos tau.... klik untuk order


p/s: Sekiranya anda membeli produk shaklee melalui saya, anda layak mendapat:-



  • Cara pengambilan Suplemen untuk Mendapatkan Hasil Yang Optimum
  • Jemputan ke Secret Group Secara Exlusive
  • Barangan Shaklee dengan Harga Istimewa
  • Peluang Menjana income bersama ~Empayar Survival~ Shaklee

Contact : Takdir (whatsapp/sms/call)
+6012-5557152
fiklyn06@gmail.com

Tuesday, January 27, 2015

Roti meroti di kursus Penyediaan Aneka Roti

Dah dapat mood baru.....

first time dalam hidup sy join kursus Penyediaan Aneka Roti anjuran Kolej Komuniti Kepala Batas pada 24/1/2015 (sabtu)...macam xcaya kan... sy lagi tak caya tapi alhamdulillah semangat berkobar-kobar nak buat roti untuk santapan anak2 pi sekolah.sy nak kongsi resipi yang sy dapat dari kursus tu

Bahan-bahan 

3 cawan Tepung Roti / High Protein (time kursus tu guna 1/2 paket tepung 1kg)
2 sudu besar Margerin (cikgu advise guna margerin Pelangi)
2 sudu besar Gula Kastor
1 1/2 sudu kecik Yis kering (jenama mauripan)
1/2 sudu kecik Bread Improver
2 sudu kecik  Susu Tepung atau Susu Pekat (masa belajar guna susu tepung)
1/2 sudu kecik Garam Halus (agak2 ja)
1 biji Telur Gred B
3/4 cawan Air Suam  (kalau guna mixer kena letak air sejuk) tapi time kursus tu guna tangan je...


sarang lebah takdir . percubaan baking roti

cara-cara membuatnya:-

  1. Masukkan semua bahan-bahan dalam 1 bekas kecuali air, yis dan gula...
  2. Sebelum tu kita kena bancuh air suam dan gula...pastu baru letak yis..kacau dan biar hingga berbuih..
  3. Pastu kita masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi...gaul rata
  4. kemudian kita keluarkan dan uli kat atas dulang...kalau kat rumah ada meja aluminium atau meja marmar lagi senang uli kat atas tu aje..tapi kalau takde, uli atas dulang pun boleh juga... uli guna tangan sampai sebati. xmelekat
  5. Pastu tutup dengan plastik...biarkan selama 30 minit (cikgu ajar buh dalam oven tapi jangan buka suis)
  6. Bulat-bulatkan doh...lumurkan tangan dengan sedikit tepung untuk bagi tak melekat sangat kat tangan dan nak bagi doh tu nampak licin sikit..
  7. Isi inti dalam doh pastu boleh susun dalam loyang yang dah disapu dengan margerin
  8. tutup loyang dan biarkan selama 45minit 
  9. Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 180 darjah celcius atau mengikut kesesuaian suhu oven masing-masing..
  10. Bila dah keluarkan dari oven, kita terus sapukan dengan sedikit margerin untuk bagi nampak berkilat..
adunan yang sama saya gunakan untuk buat roti sarang lebah.... hihihi cuma lepas keluarkan dari oven, sapu majerin then tuang sos butterscotch. 

SOS butterscotch
Sos Butterscotch ni kalau letak atas roti ni memang berganda sedap. Cara penyediaan sos ni mudah je tapi lenguh sikit la nak kacau gula tu bagi hancur. xsampai 10 minit dh siap... 
1.      1/2 cawan gula perang
2.      1/2 cawan whipping cream (boleh ganti dengan susu cair atau fresh milk)
3.      Secubit garam
4.      1/2 tsp essen vanila
5.      25 gm mentega
Cara-caranya:
1.      Cairkan mentega. Masukkan gula perang. Kacau sehingga gula larut dan berbuih.
2.      Masukkan whipping cream dan garam. Kacau perlahan-lahan.
3.      Akhir sekali masukkan essen vanila. Padamkan api, kacau sehingga rata.

4.      Sos nampak cair tetapi apabila sejuk ianya agak pekat, tuangkan ke atas permukaan roti.

xlawa kan??? hihihi tapi rasa lembut masa panas2.. bila dh 2 hari tu keras rupa2 kena simpan dalam bekas kedap udara....


sy letak mcm tu ja... pengajaran... nanti sy review yg latest yer....kali ni nak buat kat rumah pula