Tuesday, January 27, 2015

Roti meroti di kursus Penyediaan Aneka Roti

Dah dapat mood baru.....

first time dalam hidup sy join kursus Penyediaan Aneka Roti anjuran Kolej Komuniti Kepala Batas pada 24/1/2015 (sabtu)...macam xcaya kan... sy lagi tak caya tapi alhamdulillah semangat berkobar-kobar nak buat roti untuk santapan anak2 pi sekolah.sy nak kongsi resipi yang sy dapat dari kursus tu

Bahan-bahan 

3 cawan Tepung Roti / High Protein (time kursus tu guna 1/2 paket tepung 1kg)
2 sudu besar Margerin (cikgu advise guna margerin Pelangi)
2 sudu besar Gula Kastor
1 1/2 sudu kecik Yis kering (jenama mauripan)
1/2 sudu kecik Bread Improver
2 sudu kecik  Susu Tepung atau Susu Pekat (masa belajar guna susu tepung)
1/2 sudu kecik Garam Halus (agak2 ja)
1 biji Telur Gred B
3/4 cawan Air Suam  (kalau guna mixer kena letak air sejuk) tapi time kursus tu guna tangan je...


sarang lebah takdir . percubaan baking roti

cara-cara membuatnya:-

  1. Masukkan semua bahan-bahan dalam 1 bekas kecuali air, yis dan gula...
  2. Sebelum tu kita kena bancuh air suam dan gula...pastu baru letak yis..kacau dan biar hingga berbuih..
  3. Pastu kita masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi...gaul rata
  4. kemudian kita keluarkan dan uli kat atas dulang...kalau kat rumah ada meja aluminium atau meja marmar lagi senang uli kat atas tu aje..tapi kalau takde, uli atas dulang pun boleh juga... uli guna tangan sampai sebati. xmelekat
  5. Pastu tutup dengan plastik...biarkan selama 30 minit (cikgu ajar buh dalam oven tapi jangan buka suis)
  6. Bulat-bulatkan doh...lumurkan tangan dengan sedikit tepung untuk bagi tak melekat sangat kat tangan dan nak bagi doh tu nampak licin sikit..
  7. Isi inti dalam doh pastu boleh susun dalam loyang yang dah disapu dengan margerin
  8. tutup loyang dan biarkan selama 45minit 
  9. Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 180 darjah celcius atau mengikut kesesuaian suhu oven masing-masing..
  10. Bila dah keluarkan dari oven, kita terus sapukan dengan sedikit margerin untuk bagi nampak berkilat..
adunan yang sama saya gunakan untuk buat roti sarang lebah.... hihihi cuma lepas keluarkan dari oven, sapu majerin then tuang sos butterscotch. 

SOS butterscotch
Sos Butterscotch ni kalau letak atas roti ni memang berganda sedap. Cara penyediaan sos ni mudah je tapi lenguh sikit la nak kacau gula tu bagi hancur. xsampai 10 minit dh siap... 
1.      1/2 cawan gula perang
2.      1/2 cawan whipping cream (boleh ganti dengan susu cair atau fresh milk)
3.      Secubit garam
4.      1/2 tsp essen vanila
5.      25 gm mentega
Cara-caranya:
1.      Cairkan mentega. Masukkan gula perang. Kacau sehingga gula larut dan berbuih.
2.      Masukkan whipping cream dan garam. Kacau perlahan-lahan.
3.      Akhir sekali masukkan essen vanila. Padamkan api, kacau sehingga rata.

4.      Sos nampak cair tetapi apabila sejuk ianya agak pekat, tuangkan ke atas permukaan roti.

xlawa kan??? hihihi tapi rasa lembut masa panas2.. bila dh 2 hari tu keras rupa2 kena simpan dalam bekas kedap udara....


sy letak mcm tu ja... pengajaran... nanti sy review yg latest yer....kali ni nak buat kat rumah pula

No comments:

Post a Comment