Thursday, January 29, 2015

Roti Gebu Mini Sausage & Roti Sarang Lebah

Kali ni nak story buat roti dengan 2 beradik kat rumah di malam jumaat.... hihihi
akibat dah dapat  Elba Stand Mixer ESMB-9925S  yg order kat lazada .  walaupun tak dapat brim 2015 tapi belanja gak... standard arr kan


ceritanya bila dah beli bahan xcited la nak try.... first sekali sebab buat guna mixer sy guna air sejuk untuk campurkan dengan gula kastor & yis (mauripan), kacau dan tutup hingga naik buih mcm dalam gambar ni


cawan ni juga sy guna utk sukat tepung dan air... . bila dah berbuih saya campurkan dengan bahan lain sikit2 dan uli guna mixer dlm 4 minit. hasilnya jadi doh yang lembut, kenyal dan yg penting tidak melekat ditangan. sy tutupkan bekas dengan tuala lembab dan biarkan doh naik 2 kali ganda (dalam 30minit).


Lepas tu sy keluarkan dan tumbuk2 dok untuk keluarkan angin. proses susun dlm bekas buat doh bulat2 anggaran sebiji guli. taburkan apa yang suka atas tu (sedikit kuaci hijau, bijan hitam dan badam hiris)



 tunggu hingga doh naik 2 kali ganda (40minit). sapu telur dan bakar 180 degree dengan 10 minit lampu bawah, 5 minit lampu atas.


Ni la hasilnya.... keluar oven terus sapukan majerin (tujuan untuk nampak berkilat). panas2 tu tuangla sos karamel.

Alhamdulillah kali ni percubaan berjaya... tekstur roti memang lembut dan gebu....


kalau nak resipi full boleh tengok kat sini 

No comments:

Post a Comment