Kejayaan pasti akan datang apabila tiba masanya & akan terus datang selagi kita tidak mengenal erti putus asa....
Tuesday, January 27, 2015
Diet tapi Berat Tak TURUN ?????
Mungkin disini ada yang tertanya-tanya kenapa berat badan mereka masih lagi 'maintain' walaupun dah berdiet dan juga telah melakukan beberapa jenis senaman.
Anda perlu faham, diet + senaman sebenarnya ia meningkatkan lagi ketumpatan otot kita.
Ini mendorong kepada penambahan berat otot disamping ia juga membakar lemak yang ada.
Cuba kita lihat gambar rajah dibawah, walaupun berat otot dan lemak sama tapi bentuk lemak itu lebih besar berbanding otot.
Sebab itulah walaupun berat anda masih sama tapi sebenarnya anda telah kehilangan lemak dan dimasa yang sama berlaku penambahan jisim otot.
Selain daripada itu, anda juga dapat lihat dari segi perubahan fizikal seperti baju lama sudah dapat pakai kembali, rasa pinggang makin ramping dan peha makin kecil.
Jangan terkejut jika ini berlaku tapi berat badan anda tak berubah!
So adakah baik jika perkara ini berlaku?
Yes! More muscle more fat burn. Body anda akan kelihatan lebih 'toned' dan tahap kecergasan anda turut meningkat.
Tapi anda sebenarnya boleh je diet gila-gila just ambil 1000kcal sehari. Anda hanya diet shj dan tidak bersenam. Berat badan memang akan turun banyak.
Tapi buat apa jika berat turun berkilo-kilo tapi lemak menggeleber, tidak cergas, sering keletihan dan tidak dapat menikmati makanan yang enak-enak...betul tak?
sumber: info diet
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment