Wednesday, January 28, 2015

experimen mengunakan FS Medela VS Avent Manual

Hari ni sy buat experimen sebelah guna fs yg sy jadikan single dpt 2oz dan sebelah lagi avent manual dpt 4oz dlm masa 10minit. Untuk makluman biasanya sy pam guna fs 15minit/sesi dpt 3-5oz.. (4-5jam sekali).
Hasil mmg best avent manual tapi lenguh tangan... hihihi dh terbiasa guna elektrik dr ank ke 2. Respek pada mama2 yg guna pam manual



sy beli avent manual ni semasa usia firas genap 180 hari (21 Jan 2015) sebab dalam sebulan ni hasil mengepam saya tak berapa memberangsangkan... sehari sy bekalkan pada pengasuh ialah 3-4 oz(fresh milk) ni sy pam masa bangun pagi selepas menyusukan firas. biasanya jam 5.40pagi. ebm dr frozen 5oz + 10 oz dr chiller. biasanya total sy bekalkan pada bs sehari dalam 18oz-19oz. 
Tetapi sy hanya dapat hasil mengepam sehari di pejabat ialah 7-10oz sehari.

tu la faktor utamanya. bila seminggu sy guna avent manual alhamdulillah hasil masa kat ofis meningkat sehingga 15oz sehari.(ni hasil 2-3 sesi). Cara yang sy gunakan bila pam kat rumah kul 8 mlm sy guna avent manual. Pagi pula ikut masa...klu awal guna avent manual... klu kalut mmg fs la jawabnya.

minum air mmg sy akan jaga..3 liter wajib.

No comments:

Post a Comment