Wednesday, March 15, 2017

Roti Lapis Inti Ayam

Roti Lapis Inti Ayam
Bahan-bahan:
3 biji kentang di potong dadu
500gm ayam cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese mozzarella
Sedikit marjerin untuk melenser

Cara-cara :
Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga ayam cincang+kentang+garam+sos tomato+sos cili.
Satukan Susu+telor+ garam.
Pukul susu+telor+garam hingga sebati.
Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi.
Ramas-ramaskan kesemua roti tadi.
lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit marjerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di celup dengan campuran susu+telur.
Kemudian letakkan separuh daripada ayam+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti.
Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan ayam+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka).
Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins atau sampai lidi tak lekat.
Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.
Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos.



No comments:

Post a Comment