Kejayaan pasti akan datang apabila tiba masanya & akan terus datang selagi kita tidak mengenal erti putus asa....
Sunday, February 8, 2015
Pengidap KENCING MANIS, apa yang perlu saya lakukan?
Kencing manis terjadi apabila sensitiviti sel terhadap hormon insulin semakin berkurang.
Apabila glukosa dalam darah tinggi, untuk mengembalikan paras glukosa menjadi normal, glukosa perlu disimpan didalam sel-sel badan.
Tetapi, glukosa tidak boleh masuk sendiri atau sesuka hatinya kedalam sel-sel badan. Ia memerlukan kunci untuk membuka pintu sel. kunci inilah yang kita namakan insulin.
Bagi kes kencing manis, insulin ini tidak lagi boleh membuka pintu-pintu sel. sensitiviti insulin terhadap sel berkurang atau tiada langsung. Sel-sel sudah tidak lagi mempedulikan 'kehebatan' insulin....
Jadi glukosa tidak dapat dibawa masuk kedalam sel dan kepekatannya semakin meningkat kedalam sel.
dan disebabkan itu pesakit diabetes akan berasa cepat dahaga dan kerap membuang air kecil.
Jadi jika disahkan kencing manis, apa yang perlu anda buat?
ada 3 perkara yang perlu anda buat...
PERTAMA--> diet...jika memerlukan diet yang betul agar kandungan glukosa dalam badan tidak bertambah banyak.
Jadi perbanyakkan makan serat dan stop makan nasi beras biasa. seeloknya makan beras perang seperti basmati.
KEDUA--> senaman...kajian menunjukkan untuk pesakit diabetes jenis 2 senaman dapat meningkatkan kadar sensitiviti insulin terhadap sel badan kita. Jadi glukosa dalam darah dan dalam sel akan seimbang.
Tidak perlu senaman kuat-kuat. sekadar berjalan kaki pantas (brisk walk) selama 1 jam sudah memadai untuk dilakukan 3 kali seminggu.
KETIGA--> makan ubat dengan betul...ramai yang komplen ubat hospital tidak berjaya menurunkan kandungan gula dalam darah...kenapa ia terjadi?
sebabnya cara makan tidak betul..
Ubat kencing manis tidak boleh diambil sesuka hati. ia ada peraturanya supaya kesan terapeutik ubat dapat tercapai secara optimum.
contohnya, ubat jenis metformin, ia perlu diambil selepas makan...
ubat jenis gliclazide atau glibenclamide, ia perlu diambil sejurus sebelum makan.
dan ubat jenis acarbose, ia perlu diambil bersama-sama makanan.
Setiap ubat jenis tindakan mereka berbeza, jadi wajib mengambil mengikut jadual makan yang ditetapkan supaya ubat dapat bekerja secara baik.
Jika ia perlu diambil 2 kali sehari maka anda perlu mengambilnya 2 kali sehari mengikut waktu yang betul. Jika biasa makan pukul 8 pagi dan 8 malam, teruskan jadual makan yang begitu. jangan pula esokkan harinya ambil 6 pagi dan 10 malam, jadi kesan ubat akan terganggu.
Boleh tak jika ambil ubat hospital bersama supplement?
boleh tetapi dengan syarat anda perlu tahu bagaimana untuk kontrol kandungan gula dalam darah anda.
Pastikan anda sentiasa cek kandungan gula dlm darah anda menggunakan alat glucometer.
Bukan apa, takut supplement berkenaan jika diambil bersama ubat hospital akan menurunkan dengan cepat kandungan gula dalam darah anda. jadi anda akan alami hypoglycemia (gula dalam darah berkurang)... dimana situasi ini boleh membawa kepada kemudaratan.
Pastikan juga anda jarakkan waktu pengambilan supplement bersama ubat hospital.
Diharapkan perkongsian ilmu yang tidak seberapa ini dapat memberi satu persepsi positif kepada yang mengidap kencing manis.
Kencing manis bukan tidak boleh dirawat tetapi perlukan ilmu yang betul untuk merawat diri.
Ada pesakit yang baru disahkan diabetes kembali normal setelah mereka mengawal dengan baik kandungan gula dalam badan mereka. mereka hanya melakukan 3 perkara, diet yang betul...senaman yang konsisten ..dan..patuhi arahan ubat...InsyaAllah perkara perkara berkenaan dapat meningkatkan sensitiviti insulin terhadap sel badan...
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment